28 Februari 2011

TEST COLOUR EYE SHADOW

Kali ni cheqsue test warna yang belum pernah dicuba lagi... warna eye shadow Miss Ross... warnanya agak cantik juga... lihatlah hasilnya....

26 Februari 2011

NEW MAKE OVER

Kali ini cheqsu telah membuat sedikit perubahan pada wajah As di Ukay Perdana... Hasilnya pada gambar di bawah. Wajah As mempunyai sedikit masalah jeragat.... dengan sedikit sentuhan, cheqsue berjaya sembunyikan masalah itu....walau pun asas utama untuk menutupnya belum lengkap. As mempunyai kening yang agak tebal... dan makeup untuk menampakkan keningnya tidak terlalu menonjol pun masih tiada dalam koleksi cheqsue... jadi cheqsue make over as mengikut apa yang ada sahaja...

                     KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

ini lah hasilnya... kata as, kalau bergambar dia memang payah untuk senyum... katanya tak menjadi... teringat pula kata-kata sifoo.. SENYUM SQUARE...tapi bila di suruh bergambar bersama anak-anak dan suami pandai pula dia melakar senyuman...hehehe... lihat lah gelagat mereka... cheqsu yang menangkap gambar ni pun tak lekang dari senyuman melihat mereka.....so sweet.....

                     KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

24 Februari 2011

CUBA DAN TERUS MENCUBA

Untuk memahirkan diri dan mencuba makeup yang dah ada...terpaksalah mencuba kat muka sendiri...
dah kehabisan model...hehehe.. nak makeupkan anak yang no.2 lelaki.. yang no.3 plak kecil lagi....jadi muka sendiri pun boleh la... siapa lah yang nak jadi model untuk cheqsue ni...emm...bulan 3 ni cheqsue ada tempahan untuk majlis tunang... jadi tunggu paparannya k...

                    KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

23 Februari 2011

MODEL KECIL

Kali ni cheqsue memang dah tahap tak boleh duduk diam...asik nak test makeup orang jer... sampai anak sendiri pun jadi mangsa. Nasib baik ada anak perempuan yang besar. Anak cheqsue yang ni pun memang pantang kalau orang nak makeup kan dia... tak pernah tolak.. nak aje.. yang kelakarnya bila cheqsue makeup kan dia.. dia pulak boleh tertidur....hehe.. tapi macam biasa lah.. gambarnya x berapa clear.. guna camera kat video camp tu jer... kata suami x pe... asalkan blog nanti terisi dengan cerita baru...